Musolla An Nur SK 1000

Musolla An Nur SK 1000

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Rabu, 28 Oktober 2015

Penilaian Imarah Musolla Kebangsaan 2015







27 OKTOBER 2015 - SK SERI BULUH : Musolla An Nur telah dihadiri oleh Panel Penilai Pertandingan Imarah Musolla Peringkat kebangsaan 2015. Terima kasih kepada barisan panel penila dari KPM, Bahagian Pendidikan Islam yang di ketuai oleh Tn Hj Arifudin B Abd Hamid bersama Us Huzaee dan Us Zulhilmi. Juga terima kasih kepada Pegawai dari JPNT SPI, PPD HT serta semua warga SK1000 yang mendorong ke arah kejayaan Musolla An Nur sampai ke tahap ini. Semoga ada sinar menanti di hadapan. 

Khamis, 22 Oktober 2015

Program Perkongsian Antarabangsa






21 Oktober 2015 - SK SERI BULUH : Jawatankuasa Musolla an Nur berjaya mengadakan satu program jalinan antarabangsa dengan menjempur Dr Muhammad Irfan Nyia B Abdullah ( Penasihat Program  Peguam Muda Jordan (LANCER) 2014 ) dan merupaka sorang pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Dalam program selama sejam itu Dr berjaya menyampaikan perkongsian antarabangsa dengan memberi penekanan kepada pendidikan dan masa depan kanak-kanak di Syria Jordan. Kupasan dan penerangan beliau menarik minat hadirin terutama murid-murid yang tidak jemu-jemu bertanyakan soalan untuk mendapat penjelasan dan membuat perbandingan dengan pendidikan antara negara malaysia dan di sana. 

Program jalinan ini membuka mata dan minda anak-anak pelajar di sini betapa pentingnya rasa bersyukur dengan keaaadan yang mereka miliki di bumi Malasyia dan juga memberi keinsafan dengan terbitnya perasaan kasih sayang sesama insan dan perlunya sikap tolong menolong  antara satu sama lain terutama dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Akhir program ini adalah solat fardhu Zohor secara berjemaah dan diikuti dengan solat sunat hajat bagi memudahkan segala urusan sekolah sepanjang tahun ini. Jawatankuasa Musolla An Nur merakamkan jutaan terima kasih ekpada semua yang hadir termasuk ibu bapa yang turut menjayakan program ini.

Isnin, 19 Oktober 2015

Program Maal Hijrah 1437





18 OKTOBER 2015 - SK SERI BULUH melakar sejarah apabila julung kalinya mengadakan program melibatkan personaliti TV yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia amnya dan negeri Terengganu khasnya. Program ini dianjurkan oleh JK Musolla An Nur dengan kerjasama JK Masjid Kg Kuala Por dan JK Masjid Kg Buluh. Sambutan agak menggalakkan dan ceramah yang disampaikan oleh Al fadhil Ustaz Mustaffa Kamal begitu menarik dan boleh diterima oleh lapisan ibu bapa dan murid-murid. Terima kasih kepada semua yang hadir termasuk Wakil PPDHT En Esham Busu, Tuan Pengurus LTH Kuala Berang Tn Hj Shukri, Wakil Bomba Balai Kuala Berang En Ishak, Para Imam Kg Kuala Por dan Kg Buluh, JKKK, Guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan semua yang mendorong ke arah kejayaan program ini.

Selasa, 13 Oktober 2015

Perbincangan Program Bicara Maal Hijrah




12 Oktober 2015 : SK Seri Buluh - Jawatankuasa Musolla An Nur telah mengadakan perbincangan mengenai Program Maal Hijrah 1437 peringkat sekolah bertempat di kantin sekolah. Program kali ini turut mendapat kerjasama pihak Jawatankuasa Masjid Kuala Por dan Masjid Kampung Buluh. Hasil perbincangan semua pihak telah bersetuju untuk menagadakan program tersebut pada :

Tarikh : 18 Oktober 2015 ( Ahad )
Masa   : 10.30 pagi
Tempat : Kantin ( memandangkan ruangan musolla yang terhad )
Sasaran  : Warga Sekolah, Ubu Bapa, Penduduk Kg Kuala Por dan Kg Buluh serta jabatan-jabatan yang sentiasa berurusan dengan pihak sekolah seperti Pejabat Pendidikan Hulu Terengganu, Lembaga Tabung haji, Bank Rakyat, Polis, Bomba, Kesihatan dan lain-lain lagi.

Semoga program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan Penceramah undangan merupakan selebriti dan personaliti TV9 dalam program Halaqah dan tanyalah Ustaz.

Ahad, 11 Oktober 2015

Khidmat Bantu Bersama UPSP BTPNT

Tarikh : 10 Oktober 2015
Hari     : Sabtu
Lokasi : Rumah Tn Haji  Akram @ Amir Bin Abd Majid
( Penolong Pengarah Unit Pusat Sumber Pendidikan )




Alhamdulillah Pihak Jawatankuasa Musolla An Nur sempat berkunjung ke kediaman Penolong Pengarah, Ketua UPSP, Tn Hj Akram @ Amir B Abd Majid di Kg Tok Jembal, Kuala Terengganu pada petang sabtu 10 Oktober 2015. Beliau merupakan salah seorang Panel Penilaian Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri dan kebangsaan yang sudah pasti mempunyai pengalaman yang luas dalam perkara berkaitan penilaian dan memenuhi kehendak setiap instrumen yang dikehendaki. 

Pertemuan ini tidak dirancang pada mulanya kerana sebenarnya kami ingin mengundang Tn Hj untuk mengisi program Ceramah Pebestarian Sekolah. namun memandangkan beliau mempunyai agenda yang begitu padat kami mengambil keputusan untuk mencungkil sedikit sebanyak idea dan pandangan daripada Tn Hj walaupun terpaksa bertandang ke rumah beliau atas cadangan beliau sendiri. Walau bagaimanapun beliau berjanji akan cuba mencari ruang waktu jika sekiranya sempat untuk datang ke sekolah dalam masa terdekat sebelum penilaian berlaku.

Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam. Walaupun masa begitu singkat Tn Hj dapat memberi tunjuk ajar yang paling maksimum buat kami. Kami rasa amat-amat berbesar hati dan berterima kasih sekali lagi. Harapan kita semua semoga segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang boleh dibanggankan terutama dalam mengharumkan nama negeri Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Seri Buluh itu sendiri.

Rabu, 30 September 2015

Lawatan Penanda Arasan Surau SMA Mahmudiah dan SK Kijal

Tarikh  : 27.9 2015
Hari     : Ahad
Tempat: SMA Mahmudiah

Tarikh : 29.9.2015
Hari    : Selasa 
Tempat : SK Kijal

Kenangan Bersama Pengetua dan AJK Surau SMA Mahmudiah ( Wakil Negeri Kategori Surau SM )
Kenangan Bersama Guru Besar dan AJK Surau SK Kijal ( Wakil Negeri Kategori Surau SR ) 
Lawatan penanda arasan adalah salah satu pendekatan yang diambil oleh Jawatankuasa Musolla an Nur bagi berkongsi maklumat dan pandangan dalam pengurusan serta pentadbiran surau atau musolla sekolah. Langkah ini diharap dapat memberi ilham dan bagi tujuan melakukan sebarang penambahbaikan bagi memantapkan lagi persediaan sebelum penilaian dibuat. 

Dua buah surau sekolah sempat Jawatankuasa Musolla pilih iaitu Surau Al Muttaqim SMA Mahmudiah yang mewakili kategori Surau Sekolah Menengah (SM) dan Surau Raudatul Ilmi SK Kijal yang mewakili kategori Surau Sekolah Rendah (SR).

Ekoran lawatan tersebut banyak input yang diperolehi dan dapat dikongsi bersama. warga SK Seri Buluh amnya dan Jawatankuasa Musolla An Nur kahsnya merakamkan jutaan terima kasih kerana menerima kunjungan kami serta sudi juga berkongsi idea bagi memastikan kita dapat menaiki pentas bersama untuk menjulang piala kejuaraan nanti.

Isnin, 28 September 2015

Lawatan Simulasi SPI





20 SEPTEMBER 2015 : Musolla an Nur telah didatangi oleh 4 orang pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bagi tujuan meninjau perkembangan dan  persediaan Musolla An Nur sebelum penilaian sebenar tidak lama lagi oleh Pihak Kementerian Malaysia.

Sepanjang pertemuan tersebut, banyak bimbingan, cadangan dan pandangan telah diberikan bagi memastikan Musolla an Nur muncul sebagai juara dalam pertandingan itu nanti. Terima kasih atas bimbingan yang berterusan dan sentiasa memberi semangat kepada kami warga SK Seri Buluh. 

Harapan kami semua untuk mengarumkan bukan sahaja nama sekolah dan PPD Hulu Terengganu malah hasrat kami juga untuk mengarumkan nama Negeri Terengganu dalam pertandingan ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t

Kita buat yang terbaik, mudah-mudahan ia dapat memenuhi instrumen yang dikehendaki dan dapat mencuit hati para penilai untuk berpihak kepada SK Seri Buluh dan Daerah Hulu Terengganu serta khasnya untuk Negeri Terengganu.

Khamis, 17 September 2015

Doa Buat Aiman

Nama Program : Doa Buat Aiman
Tarikh : 17 September 2015
Acara  : Pelancaran tabung aiman
            : Solat Sunat Hajat






Nota : Adik aiman B Rozila merupakan pelajar Tahun 3 yang mengalami masalah usus. Menurut bapanya, kini Aiman dirawat di Hospital Perubatan Universiti Malaya.  Keadanya agak stabil namun keadaan ususnya semakin teruk.  Oleh sebb itu pihak Musolla An Nur rasa terpanggil untuk menagadakan pelancaran Tabung Aiman den mengadakan solat sunat hajat bagi meringankan sedikit bebanan dan memohon kepada Allah agar penyakit Aiman segera sembuh supaya beliua dapat dapat ke sekolah seperti sebelumya. Kami seluruh warga SK100 mendoakan untuk Aiman semoga cepat sembuh sepenuhnya.






Program Bicara An Nur

Tarikh : 17 September 2015 ( Khamis )
Nama Program : Bicara An Nur
Tajuk  : Pengorbanan Dalam Islam
Ahli Panerl : Ustaz Mohd Asri B Md Arof
Moderator : Ustaz Faizo Bin Mat
Pengerusi Majlis : Ustazah Zuriati Bt Othman


Alhamdulillah, Program Bicara An Nur bertajuk " Pengorbanan Dalam Islam " telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program seumpama ini yang buat julung kalinya diadakan anjuran Jawatankuasa Musolla An Nur dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Pusat Sumber Sekolah. Dalam program ini dapat memberi pendedahan tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s dalam menjunjung titah perintah allah s.w.t tanda sebarang pertikaian dan bantahan.

Jesteru itu murid-murid dapat mengambil pengajaran supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan pengorbanan yang tinggi dalam menuntut ilmu diperlukan bagi memastikan setiap daripada murid akan beroleh kejayaan yang sebenar dan diredahi oleh Allah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Rabu, 16 September 2015

Kelebihan Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram. 

Bulan-bulan Haram dalam Islam ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53). 

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (HR. Bukhari)

"Tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepadaNya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr." (HR. Imam at-Tirmidzi)

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR. Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR. Muslim)  

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR. Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.


Ahad, 13 September 2015

PERSEDIAAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Alhamdulillah, setelah mendapat maklumat daripada JPNT dan PPDHT bahwa Musollah An Nur berjaya terpilih ke pringkat kebangsaan pada tahun ini, maka pihak jawatankuasa dan warga SKSB meneruskan persediaan dengan menambah baik dan memurnikan lagi Musolla an Nur. harapan kami semoga Musolla An Nur akan menjuarai pertandingan Imarah Musolla pada tahun ini. Insyaallah dengan semangat dan kerjasama jitu semua pihak impian ini akan menjadi nyata.

Terima kasi kepada pihak JPNT kerana memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada kami untuk mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan ini. Semoga ia dapat mengharumkan nama negeri Terengganu dan bukan semata-mata kerana nama sekolah kami.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR

Tarikh : 27 Ogos 2015
Hari : Khamis
Masa : 7.00 malam hingga 9.00 malam
Program Solat Hajat Bersama calon UPSR, Ibu Bapa dan Guru-Guru SKSB di Musolla An Nur.


PENILAIAN PERTANDINGAN IMARAH MUSOLLA NEGERI







23 OGOS 2015 -  Berlangsungnya  Penilaian Pertandingan Imarah Musolla Peringkat Negeri Terengganu oleh 2 Penel Penilaian dari Sektor Pendidikan Islam JPNT. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pihak Jawatankuasa Musolla An Nur SKSB merakamkan jutaan terima kasih di atas penilaian tersebut disamping banyak menerima pandangan dan saranan untuk menambah baik Musolla An Nur untuk masa akan datang.

Semoga Musolla An Nur akan terpilih mewakili negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan tidak lama lagi. Sama-sama kita doakan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

KUNJUNGAN HUJUNG MINGGU

22 OGOS 2015 - Tn Hj Kasman b Embong Pegawai PPD Hulu Terengganu sempat membuat kunjungan hujung minggu ke SK1000. Beliau mengambil peluang melawat sendiri Musolla An Nur yang dicalonkan sebagai Musolla terbaik Daerah Hulu Terengganu untuk dipilih mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan pada tahun 2015. Terima kasih atas teguran dan beberapa saranan untuk penambahbaikan Musolla An Nur.