Musolla An Nur SK 1000

Musolla An Nur SK 1000

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Selasa, 8 November 2016

PENILAIAN ASISS KPM PERINGKAT KEBANGSAAN 2016



8 November 2016, Seramai 3 Panel Penilai Profesional telah datang membuat penialian Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM peringkat kebangsaan iaitu terdiri daripada Pn Farhana bt Abd Rashid (KS Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam BPI KPM) , Us Zulkefli bin Hamat (KU Unit Kepimpinan BPI KPM) dan Us Abd Rahman bin Che Soh (Pen Pengarah Unit Budaya dan Syiar Islam BPI KPM merangkap pegawai penyelaras ASISS KPM). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islan JPNT, Penyelia Agama PPD Hulu Terenggnau dan Naib yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru En Ahmad Bin Idris.

Alhamdulillah proses penilaian berjalan dengan lancar dan memuaskan. AJK Musolla An Nur merakamkan jutaan terima kasih kepada Panel Penilai dan semua yang menjayakan hari penilaian ini. Semoga apa yang kita lakukan selama ini dirahmati dan kejayaan akan menjadi milik Musolla an Nur. InsyaAllah.

Isnin, 7 November 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR






2 hingga 4 November 2016 - SK Seri Buluh telah mengadakan sisi lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah. Apa yang menarik lawatan kali ini ialah kami menggunakan pengangkutan udara sebagai satu pengalaman tidak ternilai bagi murid dan guru yang buat pertama kali menaiki kapal teerbang.

Agenda utama kami ialah melawat ke Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad iaitu sebagai lawatan penanda arasan pengurusan Musolla sekolahnya. Alhamdulillah Musolla an Nur dapat bertukar-tukar idea dan pandangan untuk menambahbaik musolla masing-masing.

Selain itu selamat 3 hari 2 malam kami sempat melawat sekitar tempat-tempat bersejarah di Pulau Lagenda ini. Satu lagi pengalaman yang dikutip di sini ialah murid-murid dan guru berkesempatan menaiki kereta kabel dan mengelilingi 3 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Harimau dan Pulau Helang.

Akhir sekali kami mengambil peluang ke kilang proses minyak gamat dan juga ke kedai-kedai untuk membeli belah pelbagai pakaian dan cenderahati untuk dibawa pulang.

Khamis, 20 Oktober 2016

Lawatan Penanda Arasan Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Terengganu






20 Oktober, Musolla an Nur dikunjungi seramai 48 orang guru-guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Terengganu. Program ini adalah usaha sama dengan Penyelia Agama PPD Hulu Terengganu iaitu Ustaz Adnan Bin Salleh dan turut serta dalam lawatan ini ialah  Tuan Hj Azizuddin Bin Awang Abd Rahman @Jusoh (Penolong Pengarah jQAF SPI JPNT) . Sebelum itu guru-guru Pendidikan Islam yang hadir mengikut Kursus DSKP Pendidikan islam tahun 1 2017 di bilik seminar SK1000.

Program ini dapat membentuk jaringan dan merapatkan ukhuwwah GPI daerah ini. Selain itu sedikit sebanyak memberi pendedahan dan membantu rakan-rakan GPI dalam pengurusan musolla dan boleh mebawa balik untuk diadaptasikan di sekolah masing-masing. 

Terima kasih kepada semua semoga jaringan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk kecemerlangan sekolah dan murid-murid sekolah masing-masing.

Selasa, 18 Oktober 2016

Program Khidmat Bantu (PKB)



Wartawan An Nur TV sempat menemubual Tuan Hj sesama PKB

18 Oktober 2016 , Musolla An Nur : Jawatankuasa Musolla dengan telah mengundang Tn Hj Akram Bin Abdul Majid ( Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPN Terengganu untuk memberi Khidmat Bantu kepaa Musolla An Nur sebagai persiapan ke ASISS Peringkat Kebangsaan 2016. 

Terima kasih kepada Tn Hj yang sudi melapangkan masa bersama jawatankuasa musolla memberi sokongan dan tunjuk ajar serta panduan untuk menambahbaik musolla An Nur. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal lagi kerana di bawah pimpinan beliau di UPSP telah berjaya menaikkan nama negeri Terengganu dengan mengungguli pertandingan Pusat Sumber Terbaik Negeri Terengganu kategori menengah dan rendah pada tahun lepas. 

Walaupun dalam masa yang agak singkat namun banyak input yang dapat dipelajari dan jawatankuasa akan sedaya upaya mengambil serius terhadap semua apa yang di utarakan oleh beliau.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan haji khasnya dan kepada BTPNT amnya kerana memberi pelepasan kepada tuan haji untuk menjayakan program khidmat bantu ini.

Harapan kita semua semoga Musolla an Nur juga dapat berdiri megah setanding dengan musolla yang telah berjaya sebelum ini.
  

Sabtu, 15 Oktober 2016

Khidmat Bantu ASISS






Warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai SPI JPNT dan Penyelia Agama PPD HTyang berkunjung untuk  memberi khidmat bantu kepada Musolla An Nur sebagai persediaan ke ASISS KPM 2016. Segala pandangan, teguran dan sebagainya akan cuba diambil tindakan segera supaya memenuhi kriteria sebagai Musolla terbaik untuk ASISS 2016. InsyaAllah.

Khamis, 6 Oktober 2016

Berbudi Pada Tanah





Taman TADALTA : Kata orang berbudi pada tanah tiada ruginya. Inilah hasilnya walau pun tidak banyak tetapi ia cukup bermakna selain memberi sedikit pendapatan untuk Musolla an Nur apa yang lebih penting ialah pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang penanaman sayuran dari proses penyemaian biji benih hinggalah proses memetik. 

Tanam dalam Tayar atau ringkasnya TADALTA adalah projek sepanjang tahun dan lebih fokus kepada aktiviti Pasca UPSR. Aktiviti ini bukan sahaja mudah tetapi menarik minat murid-murid untuk melakukannya. Proses memetik adalah masa yang ditunggu-tunggu dan amat menyeronokkan terutama ketika melihat hasil jualan. Guru-guru dan kakitangan sekolah adalah pelanggan tetap yang sentiasa memberi sokongan terhadap projek ini. Terima kasih semua.


Ahad, 25 September 2016

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud ( LAJSM ) 2016

Kuala Terengganu, 24 September 2016 : Tahniah kepda semua peserta LAJSM 2016 SK1000 yang telah berjaya menamatkan larian sejauh 5KM kategori sekolah rendah. Penyertaan ini satu lagi memberi pengiktirafan kepada warga sekolah dan pelajar dalam aktiviti peringkat Antarabangsa.



Ahad, 4 September 2016

Selamat Menduduki UPSR



Selamat Menduduki UPSR kepada calon-calon UPSR SK1000 2016 yang akan bermula pada 5 hingga 8 September 2016. Kami seluruh warga SK1000 mendoakan kejayaan anda semua.

Khamis, 25 Ogos 2016

Pameran Khat dan Jualan

Antara Khat yang dipamerkan

Guru-Guru Juga turut Menyaksikan Pameran

Murid menyaksikan Pameran

Cenderahati Daripada En Azman untuk Musolla An Nur

Khamis, 4 Ogos 2016

Bengkel Kemahiran Komunukasi ( DJ )



3 OGOS 2016 - PSS SMK Padang Kemunting dengan kerjasama Radio Terengganu Fm telah menganjurkan bengkel komunikasi untuk rancangan radio dan TV PSS sekolah. PSS SK100 telah menghantar 2 orang DJ Radio an Nur (RANfm ) untuk menyertai bengkel tersebut dengan tujuan menambah kemahiran dan ilmu dalam bidang berkaitan. Semoga (RANfm) pendedahan yang diberikan oleh DJ Terengganu FM yang dikenali dengan DJ AMM akan menjadikan penyiaran RANfm akan lebih baik lagi. terima kasih kepada pihak penganjur di atas usaha yang baik ini.

Ahad, 12 Jun 2016

Pelancaran Bulan Dakwah



12 Jun 2016 bersamaan 7 Ramadhan 1437H - Pelancaran Program Bulan Dakwah selamat disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK1000 En Muhamad Shaidi Bin Ishak. Program Bulan Dakwah ( PBD ) adalah acara tahunan yang diadakan selaras dengan kehendak Sektor Pendidikan Islam ( SPI ) Jabatan Pendidikan Negeri. Banyak acara yang telah di susun sepanjang tempoh pelaksanaan ( PBD ). 

Antara program yang diadakan dalam PBD kali ini ialah Kempen Berpakaian Menurut Islam ( KBMI ) yang mana guru besar turut melancarkan BIG BOOK KBMI. Buku besar ini memuatkan cara berpakaian menurut Islam lelaki dan perempuan menurut syariat serta cara yang tidak dibenarkan oleh syariat juga dinyatakan juga.

Selain itu banyak lagi program yang turut diadakan seperti tadarus Al Quran, Bijak Tajwid, Sebutir Benih Akhirat, Hayya Bil Arabiyyah, Cinta Hadis dan lain-lain lagi. Semoga semua aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya.

Diharapkan program yang disusun oleh Jawatankuasa Musolla An Nur dan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah ini dapat memberi impak yang bersar kepada murid-murid dan warga SK1000. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan mendorong ke arah kejayaan sepanjang PBD ini.

Ahad, 10 April 2016

Sumbangan Penghawa Dingin



Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuan Pengurus Tabung Haji Cawangan Kuala Berang merangkap YDP PIBG SK Seri Buluh sesi 2016/2017 yang telah menyumbang penghawa dingin untuk keselesaan jemaah Musolla an Nur SK1000. 

Khamis, 28 Januari 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KPM & ASISS 2015/1437H



27 Januari 2016 : Anugerah Musolla Imarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan  telah diadakan di Auditorium Komplek E Putrajaya bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul KPM tahun 2016/1437H. Program disambut dalam suasana sederhana namun penuh meriah. Musolla An Nur ( MAN ) turut diberi Anugerah Saguhati pada kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi dorongan dan sokongan sehingga membawa MAN ke peringkat ini. Pengalaman bermakna ini akan dijadikan landasan untuk memperbaiki dan memastikan MAN akan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.