Musolla An Nur SK 1000

Musolla An Nur SK 1000

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Khamis, 20 Oktober 2016

Lawatan Penanda Arasan Guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Terengganu






20 Oktober, Musolla an Nur dikunjungi seramai 48 orang guru-guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Terengganu. Program ini adalah usaha sama dengan Penyelia Agama PPD Hulu Terengganu iaitu Ustaz Adnan Bin Salleh dan turut serta dalam lawatan ini ialah  Tuan Hj Azizuddin Bin Awang Abd Rahman @Jusoh (Penolong Pengarah jQAF SPI JPNT) . Sebelum itu guru-guru Pendidikan Islam yang hadir mengikut Kursus DSKP Pendidikan islam tahun 1 2017 di bilik seminar SK1000.

Program ini dapat membentuk jaringan dan merapatkan ukhuwwah GPI daerah ini. Selain itu sedikit sebanyak memberi pendedahan dan membantu rakan-rakan GPI dalam pengurusan musolla dan boleh mebawa balik untuk diadaptasikan di sekolah masing-masing. 

Terima kasih kepada semua semoga jaringan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk kecemerlangan sekolah dan murid-murid sekolah masing-masing.

Selasa, 18 Oktober 2016

Program Khidmat Bantu (PKB)



Wartawan An Nur TV sempat menemubual Tuan Hj sesama PKB

18 Oktober 2016 , Musolla An Nur : Jawatankuasa Musolla dengan telah mengundang Tn Hj Akram Bin Abdul Majid ( Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPN Terengganu untuk memberi Khidmat Bantu kepaa Musolla An Nur sebagai persiapan ke ASISS Peringkat Kebangsaan 2016. 

Terima kasih kepada Tn Hj yang sudi melapangkan masa bersama jawatankuasa musolla memberi sokongan dan tunjuk ajar serta panduan untuk menambahbaik musolla An Nur. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal lagi kerana di bawah pimpinan beliau di UPSP telah berjaya menaikkan nama negeri Terengganu dengan mengungguli pertandingan Pusat Sumber Terbaik Negeri Terengganu kategori menengah dan rendah pada tahun lepas. 

Walaupun dalam masa yang agak singkat namun banyak input yang dapat dipelajari dan jawatankuasa akan sedaya upaya mengambil serius terhadap semua apa yang di utarakan oleh beliau.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan haji khasnya dan kepada BTPNT amnya kerana memberi pelepasan kepada tuan haji untuk menjayakan program khidmat bantu ini.

Harapan kita semua semoga Musolla an Nur juga dapat berdiri megah setanding dengan musolla yang telah berjaya sebelum ini.
  

Sabtu, 15 Oktober 2016

Khidmat Bantu ASISS






Warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai SPI JPNT dan Penyelia Agama PPD HTyang berkunjung untuk  memberi khidmat bantu kepada Musolla An Nur sebagai persediaan ke ASISS KPM 2016. Segala pandangan, teguran dan sebagainya akan cuba diambil tindakan segera supaya memenuhi kriteria sebagai Musolla terbaik untuk ASISS 2016. InsyaAllah.

Khamis, 6 Oktober 2016

Berbudi Pada Tanah





Taman TADALTA : Kata orang berbudi pada tanah tiada ruginya. Inilah hasilnya walau pun tidak banyak tetapi ia cukup bermakna selain memberi sedikit pendapatan untuk Musolla an Nur apa yang lebih penting ialah pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang penanaman sayuran dari proses penyemaian biji benih hinggalah proses memetik. 

Tanam dalam Tayar atau ringkasnya TADALTA adalah projek sepanjang tahun dan lebih fokus kepada aktiviti Pasca UPSR. Aktiviti ini bukan sahaja mudah tetapi menarik minat murid-murid untuk melakukannya. Proses memetik adalah masa yang ditunggu-tunggu dan amat menyeronokkan terutama ketika melihat hasil jualan. Guru-guru dan kakitangan sekolah adalah pelanggan tetap yang sentiasa memberi sokongan terhadap projek ini. Terima kasih semua.