20 Oktober, Musolla an Nur dikunjungi seramai 48 orang guru-guru Pendidikan Islam Daerah Hulu Terengganu. Program ini adalah usaha sama dengan Penyelia Agama PPD Hulu Terengganu iaitu Ustaz Adnan Bin Salleh dan turut serta dalam lawatan ini ialah Tuan Hj Azizuddin Bin Awang Abd Rahman @Jusoh (Penolong Pengarah jQAF SPI JPNT) . Sebelum itu guru-guru Pendidikan Islam yang hadir mengikut Kursus DSKP Pendidikan islam tahun 1 2017 di bilik seminar SK1000.
Program ini dapat membentuk jaringan dan merapatkan ukhuwwah GPI daerah ini. Selain itu sedikit sebanyak memberi pendedahan dan membantu rakan-rakan GPI dalam pengurusan musolla dan boleh mebawa balik untuk diadaptasikan di sekolah masing-masing.
Terima kasih kepada semua semoga jaringan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk kecemerlangan sekolah dan murid-murid sekolah masing-masing.