Musolla An Nur SK 1000

Musolla An Nur SK 1000

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Rabu, 30 September 2015

Lawatan Penanda Arasan Surau SMA Mahmudiah dan SK Kijal

Tarikh  : 27.9 2015
Hari     : Ahad
Tempat: SMA Mahmudiah

Tarikh : 29.9.2015
Hari    : Selasa 
Tempat : SK Kijal

Kenangan Bersama Pengetua dan AJK Surau SMA Mahmudiah ( Wakil Negeri Kategori Surau SM )
Kenangan Bersama Guru Besar dan AJK Surau SK Kijal ( Wakil Negeri Kategori Surau SR ) 
Lawatan penanda arasan adalah salah satu pendekatan yang diambil oleh Jawatankuasa Musolla an Nur bagi berkongsi maklumat dan pandangan dalam pengurusan serta pentadbiran surau atau musolla sekolah. Langkah ini diharap dapat memberi ilham dan bagi tujuan melakukan sebarang penambahbaikan bagi memantapkan lagi persediaan sebelum penilaian dibuat. 

Dua buah surau sekolah sempat Jawatankuasa Musolla pilih iaitu Surau Al Muttaqim SMA Mahmudiah yang mewakili kategori Surau Sekolah Menengah (SM) dan Surau Raudatul Ilmi SK Kijal yang mewakili kategori Surau Sekolah Rendah (SR).

Ekoran lawatan tersebut banyak input yang diperolehi dan dapat dikongsi bersama. warga SK Seri Buluh amnya dan Jawatankuasa Musolla An Nur kahsnya merakamkan jutaan terima kasih kerana menerima kunjungan kami serta sudi juga berkongsi idea bagi memastikan kita dapat menaiki pentas bersama untuk menjulang piala kejuaraan nanti.

Isnin, 28 September 2015

Lawatan Simulasi SPI





20 SEPTEMBER 2015 : Musolla an Nur telah didatangi oleh 4 orang pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bagi tujuan meninjau perkembangan dan  persediaan Musolla An Nur sebelum penilaian sebenar tidak lama lagi oleh Pihak Kementerian Malaysia.

Sepanjang pertemuan tersebut, banyak bimbingan, cadangan dan pandangan telah diberikan bagi memastikan Musolla an Nur muncul sebagai juara dalam pertandingan itu nanti. Terima kasih atas bimbingan yang berterusan dan sentiasa memberi semangat kepada kami warga SK Seri Buluh. 

Harapan kami semua untuk mengarumkan bukan sahaja nama sekolah dan PPD Hulu Terengganu malah hasrat kami juga untuk mengarumkan nama Negeri Terengganu dalam pertandingan ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t

Kita buat yang terbaik, mudah-mudahan ia dapat memenuhi instrumen yang dikehendaki dan dapat mencuit hati para penilai untuk berpihak kepada SK Seri Buluh dan Daerah Hulu Terengganu serta khasnya untuk Negeri Terengganu.

Khamis, 17 September 2015

Doa Buat Aiman

Nama Program : Doa Buat Aiman
Tarikh : 17 September 2015
Acara  : Pelancaran tabung aiman
            : Solat Sunat Hajat






Nota : Adik aiman B Rozila merupakan pelajar Tahun 3 yang mengalami masalah usus. Menurut bapanya, kini Aiman dirawat di Hospital Perubatan Universiti Malaya.  Keadanya agak stabil namun keadaan ususnya semakin teruk.  Oleh sebb itu pihak Musolla An Nur rasa terpanggil untuk menagadakan pelancaran Tabung Aiman den mengadakan solat sunat hajat bagi meringankan sedikit bebanan dan memohon kepada Allah agar penyakit Aiman segera sembuh supaya beliua dapat dapat ke sekolah seperti sebelumya. Kami seluruh warga SK100 mendoakan untuk Aiman semoga cepat sembuh sepenuhnya.






Program Bicara An Nur

Tarikh : 17 September 2015 ( Khamis )
Nama Program : Bicara An Nur
Tajuk  : Pengorbanan Dalam Islam
Ahli Panerl : Ustaz Mohd Asri B Md Arof
Moderator : Ustaz Faizo Bin Mat
Pengerusi Majlis : Ustazah Zuriati Bt Othman


Alhamdulillah, Program Bicara An Nur bertajuk " Pengorbanan Dalam Islam " telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program seumpama ini yang buat julung kalinya diadakan anjuran Jawatankuasa Musolla An Nur dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Pusat Sumber Sekolah. Dalam program ini dapat memberi pendedahan tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s dalam menjunjung titah perintah allah s.w.t tanda sebarang pertikaian dan bantahan.

Jesteru itu murid-murid dapat mengambil pengajaran supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan pengorbanan yang tinggi dalam menuntut ilmu diperlukan bagi memastikan setiap daripada murid akan beroleh kejayaan yang sebenar dan diredahi oleh Allah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Rabu, 16 September 2015

Kelebihan Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram. 

Bulan-bulan Haram dalam Islam ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53). 

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (HR. Bukhari)

"Tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepadaNya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr." (HR. Imam at-Tirmidzi)

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR. Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR. Muslim)  

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR. Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.


Ahad, 13 September 2015

PERSEDIAAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Alhamdulillah, setelah mendapat maklumat daripada JPNT dan PPDHT bahwa Musollah An Nur berjaya terpilih ke pringkat kebangsaan pada tahun ini, maka pihak jawatankuasa dan warga SKSB meneruskan persediaan dengan menambah baik dan memurnikan lagi Musolla an Nur. harapan kami semoga Musolla An Nur akan menjuarai pertandingan Imarah Musolla pada tahun ini. Insyaallah dengan semangat dan kerjasama jitu semua pihak impian ini akan menjadi nyata.

Terima kasi kepada pihak JPNT kerana memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada kami untuk mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan ini. Semoga ia dapat mengharumkan nama negeri Terengganu dan bukan semata-mata kerana nama sekolah kami.