Musolla An Nur SK 1000

Musolla An Nur SK 1000

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Sabtu, 29 Ogos 2015

Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR

Tarikh : 27 Ogos 2015
Hari : Khamis
Masa : 7.00 malam hingga 9.00 malam
Program Solat Hajat Bersama calon UPSR, Ibu Bapa dan Guru-Guru SKSB di Musolla An Nur.


PENILAIAN PERTANDINGAN IMARAH MUSOLLA NEGERI







23 OGOS 2015 -  Berlangsungnya  Penilaian Pertandingan Imarah Musolla Peringkat Negeri Terengganu oleh 2 Penel Penilaian dari Sektor Pendidikan Islam JPNT. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pihak Jawatankuasa Musolla An Nur SKSB merakamkan jutaan terima kasih di atas penilaian tersebut disamping banyak menerima pandangan dan saranan untuk menambah baik Musolla An Nur untuk masa akan datang.

Semoga Musolla An Nur akan terpilih mewakili negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan tidak lama lagi. Sama-sama kita doakan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

KUNJUNGAN HUJUNG MINGGU

22 OGOS 2015 - Tn Hj Kasman b Embong Pegawai PPD Hulu Terengganu sempat membuat kunjungan hujung minggu ke SK1000. Beliau mengambil peluang melawat sendiri Musolla An Nur yang dicalonkan sebagai Musolla terbaik Daerah Hulu Terengganu untuk dipilih mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan pada tahun 2015. Terima kasih atas teguran dan beberapa saranan untuk penambahbaikan Musolla An Nur.




Rabu, 12 Ogos 2015

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UPSR





SOLAT HAJAT UPSR

1. Solat Hajat UPSR Bersama Guru-Guru dan Pelajar

Tarikh   : 13.8.15 ( Khamis )
Jam       :8.00 pagi
Sasaran : semua warga SK1000
                murid tahun 4, 5 & 6
Tempat : Musolla An Nur
   
2. Solat Hajat UPSR & Dialog Prestasi
   
    Tarikh    : 17.8.15 ( Isnin )
     Jam       : 7.00 malam
     Sasaran : Ibu bapa
                    Calon UPSR
                    Semua warga SK1000
     Tempat  : Musolla An Nur

Terima Kasih
                 

Selasa, 11 Ogos 2015

PESANAN SAIDINA ALI MENGENAI SOLAT

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' ;

Imam Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah s.w.t., ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap.

Ahad, 9 Ogos 2015

Musolla An Nur Wakil Peringkat Kebangsaan 2015

Alhamdulillah, satu lagi pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada SK1000 apabila dipilih untuk mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan Anugerah Musolla Peringkat Kebangsaan tahun 2015/1436H. 

SK1000 mengucapkan terima kasih kepada pihak JPNT atas pencalonan tersebut dan kami warga SK1000 menyambut baik serta mengambil tanggungjawab berat ini bagi menaikkan nama sekolah dan JPNT. 

Pihak sekolah dan AJK Musolla An Nur akan cuba sedaya mampu untuk memikat barisan panel penilai untuk melayakkan Musolla An Nur mewakili pertadingan tersebut. Walaupun begitu persaingan pastinya hebat antara calon-calon yang diberi kepercayaan sama iaitu Musolla SK Pulau Serai ( Dungun ), Musolla SK Kelulut ( Marang ), Musolla SK Sungai Tong ( Setiu ), dan SK Kuala Kubang ( Besut ). 

Semoga sekolah yang terpilih nanti akan dapat mengungguli anugerah Musolla Peringkat Kebangsaan Tahun ini.